Wednesday 10 April 2013

Kenyataan Akhbar yang menutup keadilan......


Kenyataan ahbar ini hanya satu penipuan. Pada dasarnya mesyuarat mendesak dan membuat undi tidak percaya terhadap Presiden dan Bendahari Majlis Belia Hindu Malaysia yang tidak beramanah dalam menjalankan tugas mereka. Mereka berdua telah membawa Majlis Belia Hindu Malaysia ke kancah keruntuhan.

Preiden Rasaselvam mengaku bersalah dan ingin meletakkan jawatan

Pada mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih 25 orang ahli jawatankuasa dari seluruh negara KM Rasaselvan dan Venthan a/l Nadason telah memberitahu mesyuarat bahawa mereka akan mengembalikan duit yang ditunaikan dri akaun HYO dan seterusnya akan meletakkan jawatan mereka masing-masing sebagai Presiden dan Bendahari Majlis Belia Hindu Malaysia. Namun, mereka selepas mesyuarat tersebut mereka berdua bermain taktik kotor dengan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersuarakan keadilan. Mereka memecat dua orang naib presiden demi untuk menyelamatkan jawatan mereka dan seterusnya untuk menikmati hasil jawatan mereka. Ini merupakan tindakan yang tidak sepatutunya diamalkan oleh seseorang pemimpin apatah lagi mereka yang memimpin sebuah badan belia berunsur keagamaan!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday 1 April 2013

RM200000.00 WANG BANTUAN PROGRAM BELIA

KRISIS RM200000.00 DUIT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA YANG YANG DIBERIKAN KEPADA MAJLIS BELIA HINDU MALAYSIA.

KE MANAKAH PERGINYA WANG TERSEBUT.